
Hari Jumaat lepas, sorang 'office mate' aku , Ku Mustafa namanya datang kat bilik aku dengan satu tujuan, untuk meracun aku untuk join geng memancing dia orang. Sebenarnya aku ni bukanlah minat memancing pasal malas nak tunggu lama-lama. Tapi si kawan aku ni punyalah baik punya goreng cerita pasal ke'
best'an memancing kat kolam tempat dia pergi sampai aku jadi teruja. Siap cerita pengalaman bertarung dengan ikan rohu, pacu, patin dan toman. Dari bermulanya cerita pasal rod dan kekili brand 'Abu Garcia' sampailah cerita ikan yang ditangkap tu sedap buat masak apa...
So aku pun dengan tak sengaja terikutlah dia pergi kedai pancing ikan masa time 'lunch hour' dan terbelilah sebatang joran ( yang dah siap dengan mesin) dengan harga RM 28. Sebagai 'beginner' beli yang murah-murah dulu cukuplah kot !!!! Malam tu rancangannya nak memancing kat kolam di Kelana Jaya.
Malam tu, tepat jam 9.00 malam aku dah sampai kat kolam memancing kat Kelana Jaya. Kalau korang nak tau kolam ni terletak kat belakang Stesen Minyak Shell, sebelah LDP menuju ke Damansara. Pehhh aku sampai dulu dari diaorang !!!! Berkobar-kobar nampak ???
So malam tu aku mulakan pengalaman aku memancing walaupun dulu pernah join memancing kat Sabah tapi tak pakai joran, pakai tali umpan sotong jerrr. Aduhh nak gelak pun ada pasal tali aku tak jatuh 'straight'....Ala..pancing murahhh.....!!!!
Nak dipendekkan cerita group kami seramai 9 orang dah memancing dekat 3 jam tapi satu haram tak dapat ikan. Yang aku pulak dapat anak ikan belida yang tersangkut matanya kat mata kail aku secara kebetulan..Ok lah tu kan ???
Sampai pukul 12 malam barulah sorang budak group kami dapat naikkan Ikan Rohu seberat 1.9 kilo. Perghh besarnya ikan tuuu, kalau makan mau naik kembang tekak wooo !!! So untuk meng'cover'kan kegagalan aku tak dapat ikan, aku beli ikan Rohu tu dari mamat tuu. Alah nak buat bahan pujuk bini pasal balik lambat sampai pukul 3 pagi...Ha...ha... haa!!!!!

Nilah rupa ikan Rohu yang aku cakap tuu, banyak tulang woo!!!
Kesimpulannya kalau dah terkena 'feel' pancing ikan ni mau kemaruk dibuatnya,
semacam ada hantuuuuu!!! Tapi aku dah mohon permit memancing dari
Kementerian Dalam Negeri Rumahtangga ( bini aku la!!!) untuk keluar pada malam Sabtu sahaja untuk keluar mancing..Semoga tempoh sah laku permit tu berkekalan.
Aminnnn ...!!!!p/s : Semalam aku cuti dan pergi memancing kat kolam dekat dengan rumah aku. Hari tu ada nampak orang mancing. Tapi tak dapat ikan...