Friday, June 20, 2008

DEMAM EURO 2008




EURO 2008, AUSTRIA-SWITZERLAND :

Memang sengaja aku lambat menulis blog tentang Euro 2008 ni..Bila dah masuk suku akhir baru aku nak tulis. Lagi syok pasal tinggal team yang kuat-kuat jerr..( Malam tadi Portugal dah ucapkan selamat tinggal pasal kalah kat Jerman). Kalau tulis awal-awal boring gakk...


Jerman dah masuk separuh akhir. Yang tinggal team-team seperti Itali, Russia, Belanda (team yang tak pernah kalah dalam mana-mana game pun), Croatia, Turki dan Sepanyol ( rasanya tak pernah kalah lagi ). Sebenarnya banyak game yang aku tak tengok pasal tak larat nak bangun pukul 2 pagi...Tapi kawan-kawan yang lain larat tengok...Tu yang jadi demam sampai lambat datang opis tu (hu..hu..)


Aku teringat sorang ustaz masa bagi kuliah Subuh kat Surau Al-Mahdi, Taman Bukit Subang ..Dia cakap bulan 6 ni ramai yang buat Qiamullail ( Bangun Malam).Ha..ha..ha.. bukannya sembahyang malam tapi tengok bola. Dia cerita lagi masa World Cup dulu ada sorang tua dah berumur dekat 70 tahun tanya dia pasal bola lepas solat Subuh."Amacam Ustaz, game malam tadi ok ???", camtulah agaknya pertanyaan Pak Haji tu kat Ustaz. Fuhhh!! Punyalah respect Ustaz tu kat Pak Aji tuu. Dah lah tengok bola, boleh pergi sembahyang Subuh berjemaah kat surau lagi tuu. Kalau kita agaknya samaada sembahyang Subuh (kalau terbangun) atau telah terkorban sampai pukul 10.00 pagi..


Apa pun pesan aku pada rakan-rakan ( termasuk aku ), bola-bola jugak. Sembahyang dengan kerja jangan tinggal. Jangan sampai jadi yang macam bini aku cerita bos dia dah dua minggu kejap datang kejap tak datang opis. Sampai dia naik fed-up pasal banyak meeting dia yang kena jadi wakil..


Tulah demam bola.. hu..hu..hu..



Fakta menarik tentang Euro 2008 :

  • Rasanya ni first time England tak masuk Euro. Booooooooooooooo!!!!!!

  • Bastian Schweinsteiger ( Jerman ) antara player muda yang bakal menyerlah.


  • Italy selaku juara dunia hampir-hampir tak masuk suku akhir..

  • Belanda dan Sepanyol antara pasukan yang disebut-sebut bakal juara. Tapi apa-apa hal pun aku sokong Jerman !!!!!!




Friday, June 13, 2008

LAGI KENDERAAN ALTERNATIF


ANDA MASIH TERCARI-CARI KENDERAAN ALTERNATIF UNTUK JIMAT MINYAK. NI ADA LAGI NI HAAA !!!!!!!!!


MOTOR MPV ( 7 SEATER)



AMBULANS ( UNTUK BUKAN KES KECEMASAN SAJA, KALAU


ADA SAKIT JANTUNG JANGAN NAIK, ARWAH NANTI)



GUNAKAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA UNTUK TUGAS SEBENARNYA



GUNAKANLAH BASIKAL UNTUK ANGKUT BARANG BERAT


TROLI PUN BOLEH NAIK UNTUK 2 ORANG....

WALAU APAPUN CARA ANDA, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA &


SENYUM SELALU...


(WALAUPUN ANGIN SATU BADAN PASAL MINYAK NAIK)








Wednesday, June 11, 2008

PERADUAN 100 DAYS 100CARS...KISAHKU


Peraduan 100 days 100 cars yang dianjurkan Celcom baru-baru ini begitu menarik perhatian rakyat dan umat islam khususnya. Nak dijadikan cerita, aku pun terbabit sama dengan peraduan menghabiskan duit rakyat ni..


Ceritanya begini...bila aku tahu ada peraduan tu aku mulalah hantar sms kat 22222 untuk jawab soalan. Kononnya nak pasang angan-angan nak pakai Toyota Camry. Kemudian keluarlah soalan yang terlampau senang gila untuk dijawab. Aku menjawab dan terus menjawab sampai tak tau berapa banyaklah duit sms aku terbang ( nasib baik opis aku ada peruntukan RM 100 untuk bil telefon). Sampai kat satu tahap aku berasa bosan nak jawab bila pikir bil telefon aku bakal melambung tinggi bulan ni setinggi-tinggi melambungnya harga minyak....


So dipendekkan cerita aku bukaklah website Celcom untuk tahu keputusan keesokan harinya. Hmm memang sah nama aku tak keluar pada hari pertama. So aku teruskanlah sampai ke satu tahap yang aku rasakan ni dah terang-terangan ada unsur-unsur judi.


Alhamdulillah beberapa hari berikutnya Mufti Perlis, Dr Asri keluarkan kenyataan yang pertandingan ni HARAM kerana ada unsur perjudian dan merugikan pengguna. Pengguna perlu bayar RM 5 untuk setiap sms yang dihantar..Semalam pun Majlis Fatwa dah putuskan supaya pertandingan ni diberhentikan sementara bagi mengelakkan keraguan orang ramai...


Pengajaran yang aku dapat dari sini ialah :


1) Jangan mudah terpengaruh dengan kebendaan.

2) Pertandingan-pertandingan macam ni sebenarnya merugikan pengguna.

3) Banyak lagi benda aku kena belajar tentang unsur-unsur yang meragukan.


Sejak hari tu aku insaf dan akan lebih berhati-hati dengan pertandingan-pertandingan camni....


Ni salah satu petikan yang aku ambil daripada laman web Ustaz Zaharuddin di www.zaharuddin.net



KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222.

Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar. vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan

ULASAN UZAR :

Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.

Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.

Peserta mungkin berkata

"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"

Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.

Mungkin juga ada yang berkata :-

"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "

Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )


Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim. Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,

"dari 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".

Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.

Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300.
terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz?? Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.


Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.

Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.

Ini pula satu lagi pengakuan penting dari pekerja di syarikat tersebut :-

Cuba baca pengakuan seorang pekerja di syarikat tersebut ini (saya petik dari ruangan komentar artikel ini). "Saya adalah seorang yang bekerja dengan xxxxxm, saya akui memang saya menentang sekeras-kerasnya peraduan ini yang memang jelas berunsur perjudian.. Ada jugak kenalan-kenalan yang dah terjebak dengan peraduan ni dan ada juga customer yang tanya dengan saya bila nak dapat kereta sedangkan diorang ada yang telah melabur sebanyak RM3000++ (ada bukti) tapi masih belum menang... memang agak memeranjatkn saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk peraduan ni..."

Bayangkan betapa ghairahnya orang di zaman ini dalam bab duit dan harta segera, sehingga mudah kerap ditipu, diperdaya dan terjebak judi. Mereka berlumba-lumba menjawab soalan dari sms CELCOM ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta CAMRY, hingga terkorban RM 3000 sehari !! tanpa camry, tetapi hanya minyak yang naik harga RM 0.78 seliter.

Pihak syariikat cuba mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa peserta tidak dizalimi kerana dengan setiap RM5 itu, syarikat akan memberikan wallpaper dan buku koleksi gambar kereta kepada pelanggan. Atas alasan itu mereka CUBA mendakw aia halal dan pelanggan tiada kerugian.

Sebanranya, Ia adalah satu helah keji perjudi an kerana hakikatnya tiada siapa yang inginkan wallpaper itu, semua yangmenyertainya adalah menumpukan kepada kereta/. SIla baca pengakuan seorang yang menyertainya ini:-

Saya join peraduan ni bermula 3/6/06 hingga 6/6/08 dan mdapat poin sbyk 1,310,000 dan duit saya telah habis lebih kurang RM 1250.tapi tiada sebarang hasil & kemudian baru saya sedar yg ini adalah penipuan kerana setiap sms yg dicaj rm5 tu untuk kita beli wallpaper gallery yg sebenarnya kita tak nak pun tp terpaksa jugak kerana nk kan toyota camry tu.celcom jugak mhantar kata2 semangat setiap kali soalan djawab dgn betul hingga kita rasa seolah kita betul2 akan menang. Sekarang saya dah insaf.. (Petikan dari ruangan komen)

Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )

Bagi pihak saya, saya telah memaklumkan isu ini kepada YB Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan juga beberapa orang Mufti. Moga mereka dapat membantu umat Islam sesegera yang mungkin melalui kuasa dan autoriti mereka.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Jun 2008


p/s : Ya Allah, ampunkanlah dosaku atas apa yang telah aku lakukan.

Tuesday, June 10, 2008

KENDERAAN ALTERNATIF...

Nak cari kenderaan alternatif lepas minyak naik ??? Ni mungkin bukan pilihan koranggg..

( Gambar-gambar dari www.vsixth.com)





Saturday, June 7, 2008

KOLEKSI GRAPHIC SUOERIMPOSE MASA BELAJAR DOLU-DOLU..

Masa tengah menggodek komputer aku, aku terjumpa koleksi grafik superimpose yang aku buat masa kat UTM dulu-dulu. Ha..ha..ha..sekarang bila aku tengok balik nak tergelak aku...


Ni masa tengah fanak. dengan James Bond


Poster 'Gladiator' tak sempat nak 'superimpose'

muka aku. Nanti Russell Crowe marah...

BILA MENTERI PANDAI MEMUJUK.....

Segelintir menteri sering kali mengelabui mata rakyat dengan pelbagai kata-kata 'pemujuk' dan saranan demi menjustifikasikan kenaikan harga minyak walaupun realitinya menyesakkan masyarakat terutama di kala beban kos sara hidup semakin tinggi kini.

Setiap kali kenaikan harga bakar, para pemimpin akan menggunakan ayat-ayat 'standard' untuk melembut hati rakyat yang mana kata-kata dan kenyataan mereka itu, semakin memedihkan hati dan perasaan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan yang terbeban dengan kenaikan tersebut :-

1. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi :"Tak payahlah berdemonstrasi...ini tindakan yang tidak popular. Semua tindakan kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak"

2.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika ditemuramah Tv3 :"Tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan sebab kita sudah beri 'fleet card' ...kita juga sudah beri subsidi makanan.."

3.Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak :?Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah?

4.Dato' Seri Rafidah Aziz sewaktu menjadi Menteri Industri dan Antarabangsa :"Mana ada kerajaan seperti ini (kerajaan Malaysia), masih menanggung subsidi petrol dan gas, walaupun harga bahan api itu telah meningkat.

Selain itu antara ayat bagi menyedapkan hati rakyat dan cuba 'mengeksploitasikan' minda rakyat yang kabur, kerajaan lazimnya akan mengeluarkan kenyataan seumpama ini :-

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana pun negara Asean.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.

Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-

UAE? RM1.19/liter Eygpt?
RM1.03/liter
Bahrain? RM0.87/liter
Qatar? RM0.68/liter
Kuwait? RM0.67/liter
Saudi Arabia? RM0.38/liter
Iran? RM0.35/liter
Nigeria? RM0.32/liter
Turkmenistan? RM0.25/liter
MALAYSIA? RM2.70/liter

Thursday, June 5, 2008

JANJI-JANJI MANIS SELEPAS PILIHANRAYA



AKHIRNYA.......





KOMEN RAKYAT TERHADAP JANJI-JANJI MANIS TERSEBUT :


  • TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH! kapada Yang Berbahagia Selalu Si Perdana Menteri yang dikasihi, kerana berjaya memeranjatkan dan menyatukan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama dan berbondong-bondong berbaris ke stesen-stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak kenderaan mereka sebelum kadar baru dikenakan. Namun, ini hanya dapat bertahan untuk dua atau tiga hari saja kemudian barulah rakyat akan merasai keadaan sebenar kemaikan harga minyak ini!Ucapan jutaan terima kasih jua dipanjatkan kepada menteri-menteri dan pakar-pakar ekonomi yang bersama-sama Yang Berbahagia Selalu Si Perdana Menteri untuk membuat keputusan yang tidak popular ini dengan mengenepikan option-option lain yang ada demi menambahkan kesengsaraan rakyat dengan meletakkan beban untuk dipikul oleh rakyat jelata atas dasar rakyatlah yang telah menyokong mereka untuk memerintah.SYABAS kepada rakyat!

YANG NI CERITA SEDIH....

  • saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....

Wednesday, June 4, 2008

MEMANG SAH MINYAK NAIK RM 2.70 SELITER..

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
04/06/2008 6:02pm


Putrajaya 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.
- Utusan.

MINYAK NAIK ESOK ????




PENGUMUMAN !!!!! Aku baru terima SMS dari abang ipar aku yang kerja kat Kementerian Penerangan. Dia suruh isi minyak penuh-penuh malam ni kerana dikhabarkan bahawa minyak akan naik esok...


Entah betul atau tidak aku tak dapat pastikan tapi memandangkan ipar aku kerja kat Kementerian Penerangan sudah pasti dia terlibat dalam persiapan untuk kerajaan mengumumkan harga kenaikan minyak !!!!


Apa-apa hal pun berdoalah supaya khabar tu tak sahih..Kalau minyak naik RM 4 seliter naik basikal la aku pergi kerja.... ( Tak sia-sia undi BN..)

PAKU DI HATI........


Begini kisahnya,... ..Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. "Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."