Baru-baru ni aku pergi ikut trip ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. 3 hari 2 malam. First impression aku bila sampai kat Bandar Udara Minangkabau ( BIM), besttt !!! Tengok masyarakat Minangkabau masih kaya dengan budaya. Semua bangunan berbumbung Minangkabau, ada imej yang tersendiri.
Dari airport terus pergi ke pekan Padang. Pemandu pelancong kami yang dipanggil Pak Martin dan juga Pak Didi amat ramah dan bercerita pasal Padang dan Bukit Tinggi ni. Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi yang memakan masa 2 jam 1/2 tak membosankan kerana lawak-lawak oleh Pak Martin yang kadang kala tak terpikir dek akal.

Bangunan kat Padang.
Kalau korang nak tau, Bukit Tinggi ni terletak di Wilayah Sumatera Barat Indonesia. Rakyatnya 99% berbangsa Minangkabau dan beragama Islam. So nak cari makan takde masalah. Hmm..kalau korang nak cari ketenangan lepas penat bekerja, aku syorkan inilah tempatnya. Korang boleh tengok suasana kampung yang banyak dengan sawah padi, air terjun, rumah-rumah Minangkabau lama dan untuk orang perempuan, nak cari baju sulam kat sini memang murah-murah sekitar 100 000 - 200 000 rupiah ( RM 36- RM 80 ).Kalau kat Malaysia ni aku rasa harganya dah dekat Seratus lebih.. ( Penat gakk tunggu Mak Datin- Mak Datin ni shopping !!! )
Suasana tenang sawah padi yang berlatarbelakangkan
Gunung Merapi.
Masa kat Bukit Tinggi aku sempat tengok TV Indon. Kecoh pasal harga minyak kat sana naik 30%. Rakyat bereformasi kerana membantah langkah kerajaan menaikkan harga minyak. Tapi alhamdulillah kat Bukit Tinggi dia orang relekk jerrr !!! Walaupun ada yang susah tapi masih boleh cari makan pasal masing-masing ada ladang, ayam itik dan kerbau..
Tapi suasana yang paling best ialah bila time makan kat Restoran Flora. Makan kat tepi bendang beb !!! Kalau nak makan ikan tangkap dari kolam boleh..Goreng pun sodapppp !!!


Nilah dia Restoran Flora. Huiii syoknya makan !!!!!
Trip ke Bukit Tinggi rasanya memang tak cukup kalau 3 hari jerr. Syok betul pasal rasa nyaman dan segar. Tak tercemar. Balik Malaysia jer rasa panas !!!!

Ada kereta kuda kat Padang.
HARAP-HARAP ADA REZEKI LAGI PERGI SANA..KALI NI NAK BAWA SATU KELUARGA PULAK....
" Siku Capek, Siku Capang, Ayam Den Lapih"- Lagu Minang
Depan Istana Silindung Bulan.
Bergambar dengan Pak Jai.