Sunday, September 21, 2008

Lamnya Tak Blogging...

Fuhh. Dah lama betul aku tak blogging. Mungkin sibuk sikit atau tengah tak de mood nak blogging...Maklumlah tengah sibuk nak siapkan kerja kat opis lama sebelum berpindah ke ofis baru.Lepas dapat offer untu kerja kat ofis baru hari tuu..memang fikiran bercelaru sedikit. Nak pergi ke tak nak. So lepas dapatkan advice dari penasihat no. 1 aku ( isteriku ), aku ambil keputusan untuk berhijrah. Betullah kata orang kalau kerja lama-lama kat tempat tu, otak tak berkembang dan ko akan jadi mandom aje.Well, selepas beberapa tak bekerja di KL, akhirnya aku memulakan kerja aku kat tempat baru kat KL minggu lepas.
Selepas 6 tahun aku tak kerja kat KL, aku merasa balik naik LRT. Lebih-lebih lagi waktu bersesak-sesak dalam LRT masa nak balik pasal nak buka puasa kat rumah. Welcome back to the metropoiltant city.
Masa mula-mula kerja kat tempat baru, kekok jugak aku dan seolah-olah terkejut. Minggu lepas aku kerja kat tempat lama. Alih-alih hari Isnin dah kerja kat tempat lain...hu..hu..hu....
Apapun aku jadikan Ramadhan ini sebagai bulan keberkatan dan aku bersyukur kerana Allah telah murahkan rezeki aku dan keluargaku. Lebih-lebih lagi isteri aku dapat scholarship untuk sambung buat Master kat UK. Insyaallah kalau takde aral melintang, bulan 9 tahun depan kami sekeluarga akan berangkat ke UK. Tu pun mungkin aku terpaksa berenti kerja nak jaga anak. He..he..he.. bakal surirumah le aku !!!!
Apa pun, kalau jadilah nak pergi UK, aku mungkin terpaksa korbankan kerja baru aku sekarang. wlaupun berat nak tinggalkannya. Dahlah post aku tu post tetap. Dapat pulak handle projek nak buat LRT baru kat Lembah Kelang ni..memanglah sayang nak tinggalkan kerja. Doa-doalah majikan aku dapat bagi unpaid leave nanti. Apapun aku terpaksa korbankan karier aku buat sementara waktu supaya isteri aku dapat belajar dan sambung buat Master dengan jayanya. Soal rezeki, itu di tangan Allah. Aku mendoakan agar dipermudahkan urusan kami serta mendapat rahmat dan keselamatan dari Allah SWT.Amin..........

0 comments: