Tuesday, July 15, 2008

DEMONSTRASI & TRAFFIC JAM


ISNIN 14 JULAI 2008- Rata-rata warga kota yang bekerja di Lembah kelang terkejut beruk dengan road block pihak polis kerana pagi itu diwar-warkan akan berlaku demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen. Keadaan lalulintas begitu sesak yang teramat lebih-lebih lagi di Federal Highway di mana pihak polis mengadakan 'road block' berhampiran dengan Kota Darul Ehsan.


Memandangkan aku kerja di PJ, aku masih ada alternatif untuk melalui NPE sebaik sahaja melihat 'jam' dah mula lepas Plaza Tol Batu 3. Tapi bini aku terpaksa melalui juga Federal Highway untuk ke KL ( Dikhabarkan bini aku drive dekat 2 jam setengah, masuk office pukul 10).


Dalam hati aku rasa menyumpah seranah dengan keadaan ni...




  • Woii. Aku nak pg kerja cari rezeki !!! Yang sibuk-sibuk buat hari Isnin @ hari kerja watperrrr !!!


  • Kalau ada yang pergi buat demo, diaorang ni takder kerja ke ? Pergi demo boleh dapat duit bagi anak bini makan kerr?? Sendiri mau pikirlaaaa !!!Kalau nak suruh Pak Lah turun bukanlah tu caranya...Kalau tak puas hati pi register SPR...ambik pen, pangkah apa yang korang nak pangkahhhh !!!


  • Polis..aku bukanlah nak kutuk diaorang, pasal yang terpaksa buat road block tu atas arahan pihak atasan.. tapi berpada-padalah. Nak buat, buatlahhh dekat pintu masuk Parlimen jerrr..ni sampai menyusahkan oarang yang tak de kena mengena dengan politik dan hanya nak keluar untuk mencari nafkah sahaja...HADUHHHHH !!!!

SEMUA NI 3RD WORLD MENTALITILAHHHH...ORANG PUTIH TAKDER PUN BUAT BENDA NIIII..


Kepada rakan pembaca, adakah dengan berdemonstrasi ia dapat mengubah keadaan, adakah itu yang kita nak tunjuk kat dunia ???? Kalau kat Indonesia, Thailand, Filipina bolehlahh...


Oleh itu sebagai rakyat marhaen yang mencari nafkah..sama-samalah kita fikirkan...

3 comments:

arialun said...

Masalah nye siapa yang cakap ada demo or nak mengajur demo hari Isnin hari tu? PKR dah declare tak ada pun buat. Kalu nak buat demo, PKR akan announce/broadcast thru offical channel- i.e laman web.

Ini Syed Hamid Albab ckap, dia suruh Polis buat roadblock hasil maklumat Inteligence:- iaitu SMS & BLOG!!!

Tak tahu pulak aku BLOG & SMS tu conside maklumat Inteligence. Nak kata Bangang.. memang BANGAG pun.. hai..

http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=346325

Minister: Police action justified
KUALA LUMPUR: The police action of putting up roadblocks in the city for three days is justifiable based on the intelligence gathered, said Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Syed Albar.
He told a press conference at his office in Parliament yesterday that the information included blog postings and the SMS sent out inviting people to gather at Parliament yesterday.

Shamsul said...

Betul gak ya Arialun. Ramai pun dah tahu kalau berdemo untuk tuntut buat usul tak caya kat Pak Lah, ia tak mampu kerana ia kuasa seorang Pandikar..hu..hu..hu..

Aku pun tak tau lah kabinet Pak Lah ni, masa reformasi masa zaman Mahathir dulu takde lah roadblock seteruk camni sampai ke luar KL..

MaccaRules said...

releks aa...gua stuck 2 jam kt federal hway nk gi parlimen time 2 coz nk brief my minister yg uban putih 2...haha dia yg first jwb lisan kul 10...gua smpi 10.25 dia dh abis..nasib la..who's 2 b blamed?

Syor

Parlimen diminta mempertimbangkan untuk mengadakan kawalan di sekitar kawasan Parlimen sahaja, memandangkan sekatan jalan di Kota Darul Ehsan adalah tidak relevan dan tidak efisyen. Anggota polis di situ hanya melambai sahaja dan menambahkan kesesakan jalan raya yang sedia ada.

Budak Ensem
20 Julai 2008