Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang,
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menghasilkan blog ku sendiri. Semenjak berakhirnya PRU 12 ni, blog yang dahulunya dipandang remeh mula mendapat perhatian sampai ke ahli politik. Bila tsunami politik dah berlaku, ahli politik pun dah sibuk nak buat blog masing-masing.
So begitu juga aku. Tapi blog aku ni bukanlah blog politik kerana aku cukup tak suka dengan politik Malaysia ni..Tak profesional !!! Oleh itu sebagai pembuka bicara eloklah aku ceritakan blog aku ni adalah cetusan mindaku sebagai seorang rakyat marhaen yang mencari nafkah sebagai seorang arkitek ( ada degree tapi tak qualified lagi..he!!he!! he!!).
Aku berharap blog ini mendapat sambutan dan komen dari rakan-rakan dan juga pengunjung blog. Ni pun kiranya baru nak belajar-belajar tulis blog. Manala tau boleh setaraf dengan blog chedet.com, khirtoyo.blogspot, kuda-kepang ke dan lain-lain.
Adios...
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment