Sunday, September 21, 2008

BERBUKA PUASA KAT DATARAN KEMERDEKAAN SHAH ALAM

Semalam aku bawak keluarga aku bukak puasa ala santai kat padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam ( depan Muzium Shah Alam). Saja nak buka posa kat situ pasal dah boring nak bukak puasa kat rumah. Lagipun nak bawak anak aku pergi main bola kat padang tu...

So kitaorang beli KFC kat Giant Seksyen 13, pastu bawak anak-anak aku berkejar-kejar kat padang. Dia orang memang suka main kat padang tu. Nak berlari, larilah puas-puas. Aku pun confident pasal tempatnya selamat untuk kanak-kanak main. Cuma semalam aku ada angin sikit dengan sorang mamat tu dok main RC helicopter kat tengah-tengah padang. Pastu sound budak-budak kecik suruh main jauh-jauh dan jangan dekat dengan mainan dia. Hishhh macam budak-budak. Bro, aku tak kesahlah kalau kau nak main RC. Aku bukannya heran kau nak main RC helicopter tu tapi ko mainlah kat tempat lain yang memang khas untuk peminat RC. Pergilah kat Bukit Jelutong ke, Setia Alam ke... kalau nak tunjuk terror..Ni yang kau pegi main kat padang untuk budak-budak main apa kes ???

Sorilah aku termarah sikit. Berbalik cerita bukak puasa kat padang tadi, pengalaman tu memang menyeronokkan..Well, padang tu telah berjaya kerana ada aktiviti untuk orang ramai bersantai..Tak sia-sia adanya padang tu. Cuma mungkin perlu ditambah kemudahan awam terutamanya surau dan tandas. Memang suasana picnic @ buka posa kat padang ni sesuatu yang baru untuk orang kita, tapi kalau kat oversea ia seolah-olah satu trend..

So kawan-kawan, cuba korang try sekali bawak bekal dan bukak posa kat padang ni. Suasananya memang best. Ramai pulak tu yang datang !!!!

Lamnya Tak Blogging...

Fuhh. Dah lama betul aku tak blogging. Mungkin sibuk sikit atau tengah tak de mood nak blogging...Maklumlah tengah sibuk nak siapkan kerja kat opis lama sebelum berpindah ke ofis baru.Lepas dapat offer untu kerja kat ofis baru hari tuu..memang fikiran bercelaru sedikit. Nak pergi ke tak nak. So lepas dapatkan advice dari penasihat no. 1 aku ( isteriku ), aku ambil keputusan untuk berhijrah. Betullah kata orang kalau kerja lama-lama kat tempat tu, otak tak berkembang dan ko akan jadi mandom aje.Well, selepas beberapa tak bekerja di KL, akhirnya aku memulakan kerja aku kat tempat baru kat KL minggu lepas.
Selepas 6 tahun aku tak kerja kat KL, aku merasa balik naik LRT. Lebih-lebih lagi waktu bersesak-sesak dalam LRT masa nak balik pasal nak buka puasa kat rumah. Welcome back to the metropoiltant city.
Masa mula-mula kerja kat tempat baru, kekok jugak aku dan seolah-olah terkejut. Minggu lepas aku kerja kat tempat lama. Alih-alih hari Isnin dah kerja kat tempat lain...hu..hu..hu....
Apapun aku jadikan Ramadhan ini sebagai bulan keberkatan dan aku bersyukur kerana Allah telah murahkan rezeki aku dan keluargaku. Lebih-lebih lagi isteri aku dapat scholarship untuk sambung buat Master kat UK. Insyaallah kalau takde aral melintang, bulan 9 tahun depan kami sekeluarga akan berangkat ke UK. Tu pun mungkin aku terpaksa berenti kerja nak jaga anak. He..he..he.. bakal surirumah le aku !!!!
Apa pun, kalau jadilah nak pergi UK, aku mungkin terpaksa korbankan kerja baru aku sekarang. wlaupun berat nak tinggalkannya. Dahlah post aku tu post tetap. Dapat pulak handle projek nak buat LRT baru kat Lembah Kelang ni..memanglah sayang nak tinggalkan kerja. Doa-doalah majikan aku dapat bagi unpaid leave nanti. Apapun aku terpaksa korbankan karier aku buat sementara waktu supaya isteri aku dapat belajar dan sambung buat Master dengan jayanya. Soal rezeki, itu di tangan Allah. Aku mendoakan agar dipermudahkan urusan kami serta mendapat rahmat dan keselamatan dari Allah SWT.Amin..........

Thursday, July 17, 2008

Snippets : LAMAN 2008

KHUSUS UNTUK SESIAPA YANG MINAT NAK HIAS LAMAN RUMAH, ADA PAMERAN LAMAN 2008 KAT TASIK PERDANA DARI 19-27 JULAI 2008. DAPATKAN IDEA YANG MENARIK. NAK POKOK MURAH BOLEH BELI KAT SINI..

JANGAN RISAU KALAU NAK CARI PARKING, PARKING JE KAT DEPAN MEMORIAL TUN RAZAK, PASTU NANTI ADA SHUTTLE BUS JEMPUT..TAK PAYAH PENAT-PENAT NAK JALAN KAKI..

UNTUK KETERANGAN LANJUT BUKAK WWW.LAMAN.MY





Tuesday, July 15, 2008

DEMONSTRASI & TRAFFIC JAM


ISNIN 14 JULAI 2008- Rata-rata warga kota yang bekerja di Lembah kelang terkejut beruk dengan road block pihak polis kerana pagi itu diwar-warkan akan berlaku demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen. Keadaan lalulintas begitu sesak yang teramat lebih-lebih lagi di Federal Highway di mana pihak polis mengadakan 'road block' berhampiran dengan Kota Darul Ehsan.


Memandangkan aku kerja di PJ, aku masih ada alternatif untuk melalui NPE sebaik sahaja melihat 'jam' dah mula lepas Plaza Tol Batu 3. Tapi bini aku terpaksa melalui juga Federal Highway untuk ke KL ( Dikhabarkan bini aku drive dekat 2 jam setengah, masuk office pukul 10).


Dalam hati aku rasa menyumpah seranah dengan keadaan ni...




  • Woii. Aku nak pg kerja cari rezeki !!! Yang sibuk-sibuk buat hari Isnin @ hari kerja watperrrr !!!


  • Kalau ada yang pergi buat demo, diaorang ni takder kerja ke ? Pergi demo boleh dapat duit bagi anak bini makan kerr?? Sendiri mau pikirlaaaa !!!Kalau nak suruh Pak Lah turun bukanlah tu caranya...Kalau tak puas hati pi register SPR...ambik pen, pangkah apa yang korang nak pangkahhhh !!!


  • Polis..aku bukanlah nak kutuk diaorang, pasal yang terpaksa buat road block tu atas arahan pihak atasan.. tapi berpada-padalah. Nak buat, buatlahhh dekat pintu masuk Parlimen jerrr..ni sampai menyusahkan oarang yang tak de kena mengena dengan politik dan hanya nak keluar untuk mencari nafkah sahaja...HADUHHHHH !!!!

SEMUA NI 3RD WORLD MENTALITILAHHHH...ORANG PUTIH TAKDER PUN BUAT BENDA NIIII..


Kepada rakan pembaca, adakah dengan berdemonstrasi ia dapat mengubah keadaan, adakah itu yang kita nak tunjuk kat dunia ???? Kalau kat Indonesia, Thailand, Filipina bolehlahh...


Oleh itu sebagai rakyat marhaen yang mencari nafkah..sama-samalah kita fikirkan...

Tuesday, July 1, 2008

PENYAKIT MEMANCING DAH DATANG DAH.....!!!!!!

Hari Jumaat lepas, sorang 'office mate' aku , Ku Mustafa namanya datang kat bilik aku dengan satu tujuan, untuk meracun aku untuk join geng memancing dia orang. Sebenarnya aku ni bukanlah minat memancing pasal malas nak tunggu lama-lama. Tapi si kawan aku ni punyalah baik punya goreng cerita pasal ke'best'an memancing kat kolam tempat dia pergi sampai aku jadi teruja. Siap cerita pengalaman bertarung dengan ikan rohu, pacu, patin dan toman. Dari bermulanya cerita pasal rod dan kekili brand 'Abu Garcia' sampailah cerita ikan yang ditangkap tu sedap buat masak apa...




So aku pun dengan tak sengaja terikutlah dia pergi kedai pancing ikan masa time 'lunch hour' dan terbelilah sebatang joran ( yang dah siap dengan mesin) dengan harga RM 28. Sebagai 'beginner' beli yang murah-murah dulu cukuplah kot !!!! Malam tu rancangannya nak memancing kat kolam di Kelana Jaya.



Malam tu, tepat jam 9.00 malam aku dah sampai kat kolam memancing kat Kelana Jaya. Kalau korang nak tau kolam ni terletak kat belakang Stesen Minyak Shell, sebelah LDP menuju ke Damansara. Pehhh aku sampai dulu dari diaorang !!!! Berkobar-kobar nampak ???



So malam tu aku mulakan pengalaman aku memancing walaupun dulu pernah join memancing kat Sabah tapi tak pakai joran, pakai tali umpan sotong jerrr. Aduhh nak gelak pun ada pasal tali aku tak jatuh 'straight'....Ala..pancing murahhh.....!!!!



Nak dipendekkan cerita group kami seramai 9 orang dah memancing dekat 3 jam tapi satu haram tak dapat ikan. Yang aku pulak dapat anak ikan belida yang tersangkut matanya kat mata kail aku secara kebetulan..Ok lah tu kan ???



Sampai pukul 12 malam barulah sorang budak group kami dapat naikkan Ikan Rohu seberat 1.9 kilo. Perghh besarnya ikan tuuu, kalau makan mau naik kembang tekak wooo !!! So untuk meng'cover'kan kegagalan aku tak dapat ikan, aku beli ikan Rohu tu dari mamat tuu. Alah nak buat bahan pujuk bini pasal balik lambat sampai pukul 3 pagi...Ha...ha... haa!!!!!


Nilah rupa ikan Rohu yang aku cakap tuu, banyak tulang woo!!!


Kesimpulannya kalau dah terkena 'feel' pancing ikan ni mau kemaruk dibuatnya, semacam ada hantuuuuu!!! Tapi aku dah mohon permit memancing dari Kementerian Dalam Negeri Rumahtangga ( bini aku la!!!) untuk keluar pada malam Sabtu sahaja untuk keluar mancing..Semoga tempoh sah laku permit tu berkekalan. Aminnnn ...!!!!



p/s : Semalam aku cuti dan pergi memancing kat kolam dekat dengan rumah aku. Hari tu ada nampak orang mancing. Tapi tak dapat ikan...

Friday, June 20, 2008

DEMAM EURO 2008




EURO 2008, AUSTRIA-SWITZERLAND :

Memang sengaja aku lambat menulis blog tentang Euro 2008 ni..Bila dah masuk suku akhir baru aku nak tulis. Lagi syok pasal tinggal team yang kuat-kuat jerr..( Malam tadi Portugal dah ucapkan selamat tinggal pasal kalah kat Jerman). Kalau tulis awal-awal boring gakk...


Jerman dah masuk separuh akhir. Yang tinggal team-team seperti Itali, Russia, Belanda (team yang tak pernah kalah dalam mana-mana game pun), Croatia, Turki dan Sepanyol ( rasanya tak pernah kalah lagi ). Sebenarnya banyak game yang aku tak tengok pasal tak larat nak bangun pukul 2 pagi...Tapi kawan-kawan yang lain larat tengok...Tu yang jadi demam sampai lambat datang opis tu (hu..hu..)


Aku teringat sorang ustaz masa bagi kuliah Subuh kat Surau Al-Mahdi, Taman Bukit Subang ..Dia cakap bulan 6 ni ramai yang buat Qiamullail ( Bangun Malam).Ha..ha..ha.. bukannya sembahyang malam tapi tengok bola. Dia cerita lagi masa World Cup dulu ada sorang tua dah berumur dekat 70 tahun tanya dia pasal bola lepas solat Subuh."Amacam Ustaz, game malam tadi ok ???", camtulah agaknya pertanyaan Pak Haji tu kat Ustaz. Fuhhh!! Punyalah respect Ustaz tu kat Pak Aji tuu. Dah lah tengok bola, boleh pergi sembahyang Subuh berjemaah kat surau lagi tuu. Kalau kita agaknya samaada sembahyang Subuh (kalau terbangun) atau telah terkorban sampai pukul 10.00 pagi..


Apa pun pesan aku pada rakan-rakan ( termasuk aku ), bola-bola jugak. Sembahyang dengan kerja jangan tinggal. Jangan sampai jadi yang macam bini aku cerita bos dia dah dua minggu kejap datang kejap tak datang opis. Sampai dia naik fed-up pasal banyak meeting dia yang kena jadi wakil..


Tulah demam bola.. hu..hu..hu..



Fakta menarik tentang Euro 2008 :

  • Rasanya ni first time England tak masuk Euro. Booooooooooooooo!!!!!!

  • Bastian Schweinsteiger ( Jerman ) antara player muda yang bakal menyerlah.


  • Italy selaku juara dunia hampir-hampir tak masuk suku akhir..

  • Belanda dan Sepanyol antara pasukan yang disebut-sebut bakal juara. Tapi apa-apa hal pun aku sokong Jerman !!!!!!




Friday, June 13, 2008

LAGI KENDERAAN ALTERNATIF


ANDA MASIH TERCARI-CARI KENDERAAN ALTERNATIF UNTUK JIMAT MINYAK. NI ADA LAGI NI HAAA !!!!!!!!!


MOTOR MPV ( 7 SEATER)



AMBULANS ( UNTUK BUKAN KES KECEMASAN SAJA, KALAU


ADA SAKIT JANTUNG JANGAN NAIK, ARWAH NANTI)



GUNAKAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA UNTUK TUGAS SEBENARNYA



GUNAKANLAH BASIKAL UNTUK ANGKUT BARANG BERAT


TROLI PUN BOLEH NAIK UNTUK 2 ORANG....

WALAU APAPUN CARA ANDA, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA &


SENYUM SELALU...


(WALAUPUN ANGIN SATU BADAN PASAL MINYAK NAIK)